Friday, May 29, 2009

NOW GAMELAN CLUB AT SASIC......

Walaupun kesenian gamelan KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) telah pun bermula sejak tahun 2003 bersempena pelancaran Majlis Dana Amal yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor namun pada tahun 2009 yang bertuah ini sesuai dengan tarafnya sebagai sekolah kluster, KISAS telah berjaya memiliki set gamelannya sendiri.Set gamelan tembaga/perunggu yang berasal dari Jogjakarta ini berharga lebih daripada harga sebuah kereta kancil.Persembahan sulung Kelab Gamelan KISAS ialah pada sambutan hari guru dan hari pekerja peringkat kolej iaitu pada 29 Mei 2009.Persembahan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 (putera dan puteri) dan guru-guru KISAS itu sendiri telah mencuri tumpuan semua warga Bumi Waqafan dek kerana kemerduan alunan gamelan itu yang hanya dilatih selama dua hari.
Gambar-gambar majlis itu akan dimuat turun.Kelab Gamelan KISAS juga akan bersiap sedia untuk menjalani latihan intensif bagi menjayakan persembahan di majlis berprestij SBP pada bulan Julai nanti.
Pengurus Kelab Gamelan KISAS : EN. ZAMRI SHAH.
Jurulatih : EN. YUZI DAN ABANG MOHAMAD FALIQ BIN CHE ADENI(pelajar ASWARA).
Untuk tempahan persembahan gamelan KISAS, sila hubungi pengurus Kelab Gamelan KISAS di talian 016-6746715
-INGAT GAMELAN, INGAT KISAS-
jumpa lagi......